Jumaat, 12 Disember 2008

Pemakalah Brunei Darussalam

Kertas kerja perdana
Timbalan Menteri Pendidikan
Subtema: sistem pendidikan sebagai pengukuh bahasa ibunda: pengalaman Brunei Darussalam

Dr. Hajah Fatimah Haji Chuchu
Subtema: pengukuhan bahasa: bahasa Melayu harus berkembang dan maju bersama-sama dengan bahasa dunia lain, bukan disaingi

Dr. Noor Azam OKMB Haji Othman
Subtema: bahasa jiwa bangsa: penanggapan generasi ketiga terhadap bahasa Melayu

Dayang Annisa Haji Moksin
Subtema: Pemerkasaan bahasa Melayu melalui penterjemahan

Tarikh akhir menghantar kertas kerja: 31 Januari 2009


Dayang Hajah Zainab Haji Mat Daud
Setiausaha Komisi Komunikasi dan Penerbitan

Rabu, 10 Disember 2008

Tarif Penginapan

Khusus kepada peserta luar yang berminat mendaftar sebagai peserta seminar bahasa MABBIM 2009, berikut dinyatakan tarif hotel seperti keterangan yang berikut:
Rizqun International Hotel (venue utama)
Deluxe BND170
Grand Deluxe BND200
Tel: +6732423000
Faks: +6732428000
Centre Point Hotel (5 minit menuju ke venue utama)
Deluxe BND145.00
Jr. suite BND190.00
Tel: +6732430430
Faks: +6732430200
Mohd Azurin Othman

Ahad, 7 Disember 2008

Peserta Seminar Bahasa MABBIM 2009

Peserta luar negeri yang berminat mengikuti seminar bahasa adalah dialukan-alukan. Tiada yuran pendaftaran dikenakan. Pihak penganjur tidak membiayai tiket penerbangan, penginapan dan pengangkutan.
Mereka yang berminat, diminta mendaftar melalui e-mel: seminarmabbim2009@gmail.com
Urus setia Seminar Bahasa

Khamis, 4 Disember 2008

Buku Yang Bakal Dilancarkan Sempena Sidang MABBIM Ke- 48, 23 - 28 Mac 2009 Brunei Darussalam

1. Tokoh MABBIM: Meninta Sejarah - edisi Brunei Darussalam
- edisi Indonesia
- edisi Malaysia
2. Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu - Brunei Darussalam
3. Carik-carik Bulu Ayam: Kisah Runding Bahasa Tiga Negara - Malaysia
4. Kompilasi Keputusan Umum Sidang MBIM/MABBIM (1972-2007) - DITANGGUHKAN
5. Kompilasi Sidang Pakar - DITANGGUHKAN
6. Istilah Peribumi Nama-nama Ikan - Brunei Darussalam

Sekretariat Malaysia dan Indonesia dipohon menghantar butiran berikut tidak lewat daripada 28 Februari 2009:

i. Gambar hiasan kulit luar buku

ii. ISBN

iii. Saiz

iv. Sinopsis

Butiran ini akan dimuatkan dalam buku program perasmian Sidang Ke-48 MABBIM.

Hajah Zainab Haji Mat Daud

Setiausaha Komisi Komunikasi & Penerbitan

Rabu, 3 Disember 2008

Penyumbang Makalah Jurnal Rampak Serantau 2009

1. Dr. Yabit Alas (Belum ada)
Tajuk: Teknologi menangkap ikan dalam masyarakat Dusun
E-mel: yabit@fass.ubd.edu.bn

2. Pengiran Khairul Rijal Pengiran Haji Abd. Rahim ( X )
Tajuk: Teknologi menangkap ikan dalam masyarakat Melayu Brunei
E-mel: khairul@apb.ubd.edu.bn

3. Awang Jiram Jirat (Belum ada)
Tajuk: Teknologi menangkap ikan dalam masyarakat Lun Bawang

4. Noor Alifah Abdullah (Belum ada)
Tajuk: Teknologi menangkap ikan dalam masyarakat Belait

5. Awang Hatnan Buang (Menarik diri)
Tajuk: Teknologi menangkap ikan dalam masyarakat Bisaya

6. Hajah Norati Bakar ( X )
Tajuk: Teknologi menangkap ikan dalam masyarakat Tutong

7. Dayang Nurul' Ain Nukbah @ Nur Syakimah Rabaha ( X )
Tajuk: Teknologi menangkap ikan dalam masyarakat Kedayan
E-mel: dideiy2610@yahoo.com

Tarikh akhir menghantar artikel: 31 Disember 2009.

Hajah Zainab Haji Mat Daud
Setiausaha Komisi Komunikasi & Penerbitan


Selasa, 2 Disember 2008

Majlis Pembetonan Gerbang Bahasa

The Gerbang Bahasa System will serve as an interactive platform for people to know about Malay language such as terminology, spelling, meaning, Jawi script between bureau and the public.

Source: Borneo Bulletin







Makluman Mesyuarat JKTBMBD Kali Ketiga/2008

Tarikh: 11 Disember 2008
Hari: Khamis
Pukul: 2.00 petang

Agenda:

a) Ucapan Pengerusi
b) Laporan Musyawarah Sekretariat Ke-14 MABBIM & Persediaan Sidang MABBIM Ke-48
c) Membahaskan pemberian honorarium ...

d) Membahaskan klausa lantikan dan keahlian JKTBMBD
e) Hal-hal lain

Kehadiran ahli jawatankuasa amatlah diharapkan.

Mohd Azurin Othman
Setiausaha JKTBMBD

Sorotan Seminar Bahasa Sidang MABBIM Ke-47, 8 - 9 April 2008, Hotel Borobudor, Jakarta, Indonesia









Pada hari kedua seminar, Profesor Emeritus Abdullah Hassan dengan makalah bertajuk Bahasa Melayu dan Cabaran Kemunculan Era Kreasi Abad ke-21, menyarankan agar kita meningkatkan kreativitas dalam penggunaan bahasa, sebab bahasa mempunyai kaitan yang sangat erat dengan daya kreativitas suatu bangsa.


Bangsa Melayu hendaknya tidak merasa rendah diri dengan bahasa yang telah menjadi miliknya selama beratus bahkan beribu tahun. Sebab, menurut Abdullah Hassan, hanya melalui bahasa yang telah menjadi identiti budaya bangsa, peningkatan kreativitas dapat dilakukan. Abdullah Hassan mencontohkan bangsa Jepun yang sangat gigih menggunakan bahasa Jepun dalam dunia pendidikan secara luas. Kegigihan itu telah berhasil mendorong masyarakat Jepun sebagai pengeluar benda-benda hasil teknologi yang digunakan di seluruh dunia. Seperti, produk kenderaan bermotor, periuk nasi elektrik, dan jam tangan yang berhasil melewati batas sempadan antarabangsa.


Lebih jauh Abdullah Hassan menyarankan agar MABBIM tidak hanya menjadi pentas bagi perdebatan panjang mengenai istilah kebahasaan di tiga negara anggota tanpa berhasil menjadikan bahasa Melayu/Indonesia sebagai bahasa yang dimanfaatkan secara praktis bagi penuturnya. Abdullah Hassan juga menyindir MABBIM yang telah berusia 35 tahun, namun masih seperti orang yang hanya berupaya mengasah pisau selama usia yang cukup panjang itu, tetapi tidak pernah menggunakan pisau tersebut sebagai alat untuk "menyembelih".


Mohd Azurin Othman