Khamis, 8 Januari 2009


SEMINAR MASALAH SIKAP BAHASA PADA MAC INI
Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan seminar bahasa Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) bertemakan 'Menangani Masalah Sikap Bahasa Melayu/Indonesia Dalam Rangka Pendewasaan Bangsa' pada 25-26 Mac ini. Sehubungan itu, ahli akademik, guru, pegawai dan kakitangan kerajaan, mahasiswa, penuntut serta orang ramai dialu-alukan menyertai seminar berkenaan yang akan diadakan di Rizqun International Hotel, Gadong.
Mereka yang berminat untuk menjadi peserta seminar boleh mendaftar melalui seminarmabbim2009@gmail.com manakala maklumat lanjut mengenai seminar boleh didapati di laman web www.seminarmabbim2009.blogspot.com. Tarikh tutup pendaftaran pada 20 Mac.
Seminar itu nanti akan membentangkan kertas kerja daripada pakar dan tokoh bahasa dari ketiga-tiga negara anggota MABBIM termasuk negara pemerhati, Singapura.








Tiada ulasan: