Ahad, 29 Mac 2009

BAYARAN PENYERTAAN

Usul mengenakan bayaran penyertaan mengikuti seminar bahasa pada seminar akan datang sedang dalam pertimbangan. Tujuan mengenakan bayaran ialah bagi mendidik masyarakat tentang konsep kontrak sosial iaitu kita bersama-sama menyumbang bagi menampung sebahagian kos pengendalian seminar. Pada masa yang sama, levi yang dikenakan itu mendidik kita agar lebih bertanggungjawab dari segi penglibatan dan menghargai setiap peluang yang diberikan bukan sahaja tentang ilmu yang bakal diperoleh bahkan juga tentang return dan kelebihan lain yang bakal diraih terutama bagi peserta yang mendaftar dahulu. Konsep mengenakan bayaran akan mendorong pengendalian seminar dibuat secara adil dan saksama, iaitu berdasarkan falsafah "anda akan memperoleh sesuatu berdasarkan sumbangan yang anda buat mengikut nilai yang anda laburkan".

Pandangan pro dan kontra amat dialu-alukan. Sila kemukakan pandangan awda dalam folder ini.

Pemakalah Seminar Bahasa sempena Sidang Ke-49 MABBIM

Dimaklumkan bahawa Sidang Eksekutif Ke-48 Mabbim telah bersetuju bahawa tema Seminar Bahasa sempena Sidang Ke-49 Mabbim yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 9 - 10 MaC 2010 akan membahaskan tema bertajuk "Meningkatkan Daya Komunikasi Bahasa Melayu/Indonesia dalam Pemeliharaan Alam Sekitar/Lingkungan Hidup". Sehubungan dengan itu, input mengenai siapa pemakalah tempatan yang sesuai dan berkebolehan membentangkan kertas kerja bagi membahaskan tema berkenaan amat diperlukan.
Sila kemukakan cadangan.

Ahad, 15 Mac 2009

MAKLUMAN KEPADA MAHASISWA

Khusus kepada mahasiswa yang mendaftar dan diterima sebagai peserta seminar bahasa MABBIM. Dipohon kerjasama abiskita untuk HADIR sepenuh masa sepanjang sesi seminar bahasa diadakan sehingga selesai pada petang 26 Mac 2009. Pihak urus setia tidak menerima alasan stereotype "KAMI BERHALANGAN HADIR PAGI ATAU PETANG INI, KERANA ADA KULIAH, TUTORIAL, PERBINCANGAN KUMPULAN TUTORIAL, ATAU PEMBENTANGAN TUGASAN". Kos penganjuran seminar ini TINGGI, terutama biaya jamuan, beg, tag nama dan kertas kerja. SETIAP PELABURAN ITU, ADA NILAINYA. Jadi, hargai nilai pelaburan KDYMM dengan menyikapi secara positif dan komited dengan seminar ini.

Sabtu, 14 Mac 2009

RAMPAI PAGI TV

Kepada peserta seminar dan mereka yang terlewat mendaftar, sila ambil maklum bahawa esok 16 Mac 2009, pukul 9.40 pagi; temubual Rampai Pagi, RTB bersama dengan Setiausaha Seminar Bahasa MABBIM, Mohd Azurin Othman. Penerangan mengenai seminar akan dimaklumkan esok.
Sekian dimaklumkan.