Ahad, 29 Mac 2009

BAYARAN PENYERTAAN

Usul mengenakan bayaran penyertaan mengikuti seminar bahasa pada seminar akan datang sedang dalam pertimbangan. Tujuan mengenakan bayaran ialah bagi mendidik masyarakat tentang konsep kontrak sosial iaitu kita bersama-sama menyumbang bagi menampung sebahagian kos pengendalian seminar. Pada masa yang sama, levi yang dikenakan itu mendidik kita agar lebih bertanggungjawab dari segi penglibatan dan menghargai setiap peluang yang diberikan bukan sahaja tentang ilmu yang bakal diperoleh bahkan juga tentang return dan kelebihan lain yang bakal diraih terutama bagi peserta yang mendaftar dahulu. Konsep mengenakan bayaran akan mendorong pengendalian seminar dibuat secara adil dan saksama, iaitu berdasarkan falsafah "anda akan memperoleh sesuatu berdasarkan sumbangan yang anda buat mengikut nilai yang anda laburkan".

Pandangan pro dan kontra amat dialu-alukan. Sila kemukakan pandangan awda dalam folder ini.

Pemakalah Seminar Bahasa sempena Sidang Ke-49 MABBIM

Dimaklumkan bahawa Sidang Eksekutif Ke-48 Mabbim telah bersetuju bahawa tema Seminar Bahasa sempena Sidang Ke-49 Mabbim yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 9 - 10 MaC 2010 akan membahaskan tema bertajuk "Meningkatkan Daya Komunikasi Bahasa Melayu/Indonesia dalam Pemeliharaan Alam Sekitar/Lingkungan Hidup". Sehubungan dengan itu, input mengenai siapa pemakalah tempatan yang sesuai dan berkebolehan membentangkan kertas kerja bagi membahaskan tema berkenaan amat diperlukan.
Sila kemukakan cadangan.

Ahad, 15 Mac 2009

MAKLUMAN KEPADA MAHASISWA

Khusus kepada mahasiswa yang mendaftar dan diterima sebagai peserta seminar bahasa MABBIM. Dipohon kerjasama abiskita untuk HADIR sepenuh masa sepanjang sesi seminar bahasa diadakan sehingga selesai pada petang 26 Mac 2009. Pihak urus setia tidak menerima alasan stereotype "KAMI BERHALANGAN HADIR PAGI ATAU PETANG INI, KERANA ADA KULIAH, TUTORIAL, PERBINCANGAN KUMPULAN TUTORIAL, ATAU PEMBENTANGAN TUGASAN". Kos penganjuran seminar ini TINGGI, terutama biaya jamuan, beg, tag nama dan kertas kerja. SETIAP PELABURAN ITU, ADA NILAINYA. Jadi, hargai nilai pelaburan KDYMM dengan menyikapi secara positif dan komited dengan seminar ini.

Sabtu, 14 Mac 2009

RAMPAI PAGI TV

Kepada peserta seminar dan mereka yang terlewat mendaftar, sila ambil maklum bahawa esok 16 Mac 2009, pukul 9.40 pagi; temubual Rampai Pagi, RTB bersama dengan Setiausaha Seminar Bahasa MABBIM, Mohd Azurin Othman. Penerangan mengenai seminar akan dimaklumkan esok.
Sekian dimaklumkan.

Isnin, 23 Februari 2009

PENGESAHAN PENDAFTARAN SEMINAR

Tuan/puan yang namanya tersenarai dalam blog ini seperti di bawah, dipersila hadir bagi mengesahkan pendaftaran tersebut. Pengesahan pendaftaran akan diadakan pada:

Tarikh: 24 Mac 2009
Hari: Selasa
Pukul: 3.00 petang - 5.00 petang
Tempat: Foyer & ruang legar Songket Ballroom, Tingkat 4, Rizqun International Hotel

Bagi memastikan pendaftaran tersebut berjalan lancar, tuan/puan perlu mengingat nombor pendaftaran (nombor bilangan yang tertera nama tuan/puan dalam blog ini). Kad jemputan menghadiri seminar selama dua hari, iaitu pada 25 - 26 Mac 2009 akan diberi pada hari pendaftaran.

Kertas kerja DICETAK TERHAD. Softcopy akan disediakan oleh urus setia seminar. Kepada sesiapa yang tidak memperoleh kertas kerja semasa seminar nanti, sila ambil maklum berhubung perkara ini.
P/s: Jumlah peserta dalam blog ini setakat bil.258. Mereka yang bil. 259 dan seterusnya dikira peserta tambahan. Seperti yang dimaklum melalui e-mel (auto response), peserta tambahan diterima jika mereka tidak mempertimbang soal return seperti tag nama, beg seminar dan sijil dengan kata lain, mereka lebih mempertimbang soal manfaat ilmu yang diperoleh dari seminar ini. HARAP MAKLUM.

Rabu, 4 Februari 2009

Cetusan Minda Bahasa


"Kita tidak mahu negara Malaysia menjadi negara maju dalam tahun 2020 tetapi bangsa Melayu hilang martabat dan kuasa sebagai bangsa yang cemerlang dan maju disebabkan bahasanya tidak dijadikan alat utama dalam proses itu. Dari segi fungsinya, bahasa Melayu sudah maju sebagai bahasa pembentuk tamadun tinggi di rantau ini yang dapat merentas sempadan geografi dan etnik bahasa.
Namun beliau tidak mahu bahasa yang sudah maju itu dimusnahkan oleh persepsi, sikap dan kejahilan manusia terhadap keupayaan bahasa tersebut untuk mencapai kemajuan negara dalam zaman moden ini. " kata Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan Datuk Dr. Hassan Ahmad
Sumber: http://www.kongresbahasa.org/?p=208

Sabtu, 31 Januari 2009

MAJLIS PERASMIAN & SESI PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

25 Mac 2009 (Rabu)

08.00 Para Jemputan dan Anggota Perwakilan Hadir

08.45 Tetamu Kehormat Hadir

09.00 Acara dimulakan
● Bacaan Surah Al-Fatihah
● Ucapan Ketua Perwakilan Brunei Darusalam
● Ucapan Ketua Perwakilan Malaysia
● Ucapan Ketua Perutusan Indonesia
● Ucapan Ketua Pemerhati Singapura
● Ucapan Perasmian oleh Tetamu Kehormat (TK)
● Pelancaran Buku
● Penyampaian Cenderamata (cenderamata berupa buku yang dilancarkan akan diberikan oleh
TK kepada pengerusi komisi penerbitan masing-masing termasuk ketua pemerhati Singapura)
● Doa Selamat

Nota: Cenderamata untuk TK disampaikan pada Majlis Jamuan Selamat Datang pada 25 Mac 2009 sebelah malam oleh para Ketua Perwakilan dan Ketua Pemerhati

11.00 - 12.00 Sesi I (Kertas Kerja Perdana)
Subtema I: Sistem pendidikan sebagai pengukuh bahasa ibunda

Tajuk: Sistem pendidikan sebagai pengukuh bahasa ibunda: pengalaman Brunei Darussalam
Pemakalah I: Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Muhammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman
Status: biodata ( X ) & kertas kerja ( X ) pada 18 Februari 2009
Pengerusi: Dayang Hajah Aminah binti Haji Momin

Pelapor
Dr. Yabit Alas
Dr. Aini binti Karim

12.00 - 14.00 Rehat
14.00 - 15.00 Sesi II

Subtema II:
Subtema III: Bahasa jiwa bangsa: penanggapan generasi ketiga terhadap bahasa Melayu

Pemakalah II: Prof. Dr. Amrin Saragih (Indonesia)
Status: biodata ( ) & kertas kerja ( )
Pemakah III: Dr. Noor Azam bin OKMB Haji Othman
Status: biodata ( ) & kertas kerja (X )
Pengerusi: Dato Haji Termuzi Abd. Aziz (Ketua Perwakilan Malaysia)

Pelapor
Dr. Haji Azmi bin Abdullah
Dr. Mardina binti Haji Mahadi

15.00 - 15.30 Rehat
15.30 - 17.00 Sesi III

Subtema IV:
Subtema V: Krisis keyakinan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu

Pemakalah IV: Encik Mohd Naim Daipi
Status: biodata ( ) & kertas kerja ( )
Pemakalah V: Prof. Madya Dr. Salmah Kamin
Status: biodata ( ) & kertas kerja ( )
Pengerusi: Dr. Mataim bin Bakar

Pelapor
Dr. Aini binti Karim
Dr. Mardina binti Haji Mahadi

KHAMIS 26 Mac 2009

08.30 - 10.30 Sesi IV

Subtema VI: Dasar bahasa kebangsaan: kepelbagaian, perubahan dan perkembangan
Subtema VII: Pengukuhan bahasa: bahasa Melayu harus berkembang dan maju bersama-sama dengan bahasa dunia lain, bukan disaingi
Subtema VIII:

Pemakalah VI: Dato' Dr. Hassan Ahmad
Status: biodata ( X ) & kertas kerja ( )
Pemakalah VII: Dr. Hajah Fatimah binti Haji Chuchu
Status: biodata ( ) & kertas kerja ( )
Pemakalah: Dr. Agus Sartono
Status: biodata ( ) & kertas kerja ( )
Pengerusi: Dr. Dendy Sugono

Pelapor
Dr. Yabit Alas
Dr. Haji Azmi bin Abdullah

10.00 - 10.30 Rehat
10.30 - 12.00 Sesi V

Subtema IX: Kuasa politik sebagai indikasi bahasa
Subtema X:
Subtema XI: Pemerkasaan bahasa Melayu melalui penterjemahan

Pemakalah IX: Prof. Dr. Nor Hashimah Haji Jalaluddin
Status: biodata ( X ) & kertas kerja (X)
Pemakalah: Dr. Djumadi
Status: biodata ( ) & kertas kerja (X)
Pemakalah: Dayang Annisa Haji Moksin
Status: biodata ( ) & kertas kerja ( )
Pengerusi: Encik Tajudin Jaffar (Ketua Pemerhati Singapura)

Pelapor
Dr. Haji Azmi bin Abdullah
Dr. Aini binti Haji Karim

12.00 - 14.00 Rehat
14.00 - Pembacaan dan penyerahan resolusi seminar oleh Ketua Pelapor


PERATURAN:
i. Pemakalah diberi masa selama 20 minit
ii. Sesi soal jawab akan dibuka selepas selesai pembentangan makalah kedua

Nota:
i. Sekiranya terdapat sesi seminar siap lebih awal dari jadual, sesi berikutnya akan dipercepat tertakluk pada ruang waktu. Perkara ini akan diselia oleh Juruacara majlis.

Penanda Wacana Ucapan

Tetamu Kehormat
Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Jemat bin Haji Ampal
Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Ketua Perwakilan Brunei Darussalam
Dayang Hajah Aminah binti Haji Momin

Ketua Perwakilan Malaysia
Yang Berbahagia Dato Haji Termuzi Abd. Aziz

Ketua Perutusan Indonesia
Dr. Dendy Sugono

Ketua Pemerhati Singapura
Sdr. Tajudin Jaffar

P/s: Tertakluk kepada keadaan, Duta Besar negara anggota MABBIM juga dijemput. Nama akan dimaklumkan kemudian.

Ahad, 18 Januari 2009



Taklimat & Dialog SPN21
17 Januari 2008, Sabtu - Sesi taklimat dan dialog SPN21 telah diadakan di Bangunan DBP. Sesi ini merupakan usul mesyuarat JKTBMBD kali kedua/2008 bagi mengetahui kedudukan dan masa depan bahasa Melayu dalam pelaksanaan SPN21. Taklimat telah disampaikan oleh Awang Haji Suhaila bin Haji Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan. Sesi yang dipengerusikan oleh Dayang Hajah Aminah binti Haji Momin, Pemangku Pengarah DBP turut dihadiri oleh Dr. Mataim Bakar, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Sosial, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan para pensyarah dari Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik, Universiti Brunei Darussalam.
Antara lain matlamat SPN21 ialah, membangunkan survival bangsa melalui sistem pendidikan menyeluruh dengan mengembangkan potensi diri melalui pendekatan pembelajaran berfikir dan analitikal. Matlamat akhir sistem ini ialah mendorong pelajar berfikir kreatif, inovatif, mandiri dan bijak mencari dan mengembangkan peluang mereka melalui kemahiran pembelajaran yang diterapkan setelah tamat sesi persekolahan asas atau pengajian tinggi. Iltizam SPN21 ialah menjadikan watan Brunei Darussalam lebih dinamik dan relevan dalam persekitaran dunia yang berubah. SPN21 mengariskan satu wawasan besar iaitu bangsa berjaya akan mempunyai nilai tinggi dan membuka laluan kepada bangsa lain mempelajari kejayaan mereka termasuklah hal-hal yang berhubungan dengan kebudayaan.
Mohd Azurin Othman

Khamis, 15 Januari 2009

PEMAKALAH SEMINAR BAHASA

INDONESIA

1. Dr. Agus Sartono M.BA
Kepala Pusat Perencanaan dan Kerjasama Luar Negeri
Depertemen Pendidikan Nasional Republik Indonesia

2. Dr. Djumadi
Universitas Lambung Mangkurat, Banjarmasin

3. Prof. Dr. Amrin Saragih
Balai Bahasa Medan

MALAYSIA

1. Dato' Dr. Hassan Ahmad
Yayasan Karyawan
Subtema: Dasar bahasa kebangsaan: kepelbagaian, perubahan dan perkembangan

2. Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin
Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik
Universiti Kebangsaan Malaysia
Subtema: Kuasa politik sebagai indikasi bahasa

3. Prof. Madya Dr. Salmah Kamin
Pakar Pergigian
Universiti Malaya
Subtema: Krisis keyakinan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu

Jadual seminar akan dipaparkan dalam laman web ini pada minggu hadapan.

Mohd Azurin Otman

Khamis, 8 Januari 2009


MABBIM language seminar open to all
By Amie PDH Ishak

The Language & Literature Bureau will be holding a MABBIM (Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia) language seminar at the Songket Ballroom of Rizqun International Hotel from March 25 to March 26. The seminar, which is themed "Menangani Masalah Sikap Bahasa Melayu/Indonesia Dalam Rangka Pendewasaan Bangsa", will feature speakers and experts from three MABBIM countries as well as Singapore.
Teachers, academicians, government officers, undergraduates, students and members of the public are encouraged to attend the two-day seminar. Those interested can register by sending an e-mail to seminarmabbim2009@gmail.com.
The closing date for registration is March 20. For more information on the seminar, visit Internet web site http://www.seminarmabbim2009.blogspot.com/








SEMINAR MASALAH SIKAP BAHASA PADA MAC INI
Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan seminar bahasa Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) bertemakan 'Menangani Masalah Sikap Bahasa Melayu/Indonesia Dalam Rangka Pendewasaan Bangsa' pada 25-26 Mac ini. Sehubungan itu, ahli akademik, guru, pegawai dan kakitangan kerajaan, mahasiswa, penuntut serta orang ramai dialu-alukan menyertai seminar berkenaan yang akan diadakan di Rizqun International Hotel, Gadong.
Mereka yang berminat untuk menjadi peserta seminar boleh mendaftar melalui seminarmabbim2009@gmail.com manakala maklumat lanjut mengenai seminar boleh didapati di laman web www.seminarmabbim2009.blogspot.com. Tarikh tutup pendaftaran pada 20 Mac.
Seminar itu nanti akan membentangkan kertas kerja daripada pakar dan tokoh bahasa dari ketiga-tiga negara anggota MABBIM termasuk negara pemerhati, Singapura.








Khamis, 1 Januari 2009

PENDAFTARAN PESERTA SEMINAR BAHASA

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG

DIBUKA KEPADA AHLI AKADEMIK, GURU, PEGAWAI DAN KAKITANGAN KERAJAAN, MAHASISWA, PENUNTUT DAN ORANG RAMAI. SILA MENDAFTAR MELALUI E-MEL BERIKUT: seminarmabbim2009@gmail.com

Pihak urus setia seminar akan mengesahkan penerimaan pendaftaran awda. Maklumat lanjut seminar bahasa akan sentiasa dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui laman web ini.

Jumaat, 12 Disember 2008

Pemakalah Brunei Darussalam

Kertas kerja perdana
Timbalan Menteri Pendidikan
Subtema: sistem pendidikan sebagai pengukuh bahasa ibunda: pengalaman Brunei Darussalam

Dr. Hajah Fatimah Haji Chuchu
Subtema: pengukuhan bahasa: bahasa Melayu harus berkembang dan maju bersama-sama dengan bahasa dunia lain, bukan disaingi

Dr. Noor Azam OKMB Haji Othman
Subtema: bahasa jiwa bangsa: penanggapan generasi ketiga terhadap bahasa Melayu

Dayang Annisa Haji Moksin
Subtema: Pemerkasaan bahasa Melayu melalui penterjemahan

Tarikh akhir menghantar kertas kerja: 31 Januari 2009


Dayang Hajah Zainab Haji Mat Daud
Setiausaha Komisi Komunikasi dan Penerbitan

Rabu, 10 Disember 2008

Tarif Penginapan

Khusus kepada peserta luar yang berminat mendaftar sebagai peserta seminar bahasa MABBIM 2009, berikut dinyatakan tarif hotel seperti keterangan yang berikut:
Rizqun International Hotel (venue utama)
Deluxe BND170
Grand Deluxe BND200
Tel: +6732423000
Faks: +6732428000
Centre Point Hotel (5 minit menuju ke venue utama)
Deluxe BND145.00
Jr. suite BND190.00
Tel: +6732430430
Faks: +6732430200
Mohd Azurin Othman

Ahad, 7 Disember 2008

Peserta Seminar Bahasa MABBIM 2009

Peserta luar negeri yang berminat mengikuti seminar bahasa adalah dialukan-alukan. Tiada yuran pendaftaran dikenakan. Pihak penganjur tidak membiayai tiket penerbangan, penginapan dan pengangkutan.
Mereka yang berminat, diminta mendaftar melalui e-mel: seminarmabbim2009@gmail.com
Urus setia Seminar Bahasa

Khamis, 4 Disember 2008

Buku Yang Bakal Dilancarkan Sempena Sidang MABBIM Ke- 48, 23 - 28 Mac 2009 Brunei Darussalam

1. Tokoh MABBIM: Meninta Sejarah - edisi Brunei Darussalam
- edisi Indonesia
- edisi Malaysia
2. Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu - Brunei Darussalam
3. Carik-carik Bulu Ayam: Kisah Runding Bahasa Tiga Negara - Malaysia
4. Kompilasi Keputusan Umum Sidang MBIM/MABBIM (1972-2007) - DITANGGUHKAN
5. Kompilasi Sidang Pakar - DITANGGUHKAN
6. Istilah Peribumi Nama-nama Ikan - Brunei Darussalam

Sekretariat Malaysia dan Indonesia dipohon menghantar butiran berikut tidak lewat daripada 28 Februari 2009:

i. Gambar hiasan kulit luar buku

ii. ISBN

iii. Saiz

iv. Sinopsis

Butiran ini akan dimuatkan dalam buku program perasmian Sidang Ke-48 MABBIM.

Hajah Zainab Haji Mat Daud

Setiausaha Komisi Komunikasi & Penerbitan

Rabu, 3 Disember 2008

Penyumbang Makalah Jurnal Rampak Serantau 2009

1. Dr. Yabit Alas (Belum ada)
Tajuk: Teknologi menangkap ikan dalam masyarakat Dusun
E-mel: yabit@fass.ubd.edu.bn

2. Pengiran Khairul Rijal Pengiran Haji Abd. Rahim ( X )
Tajuk: Teknologi menangkap ikan dalam masyarakat Melayu Brunei
E-mel: khairul@apb.ubd.edu.bn

3. Awang Jiram Jirat (Belum ada)
Tajuk: Teknologi menangkap ikan dalam masyarakat Lun Bawang

4. Noor Alifah Abdullah (Belum ada)
Tajuk: Teknologi menangkap ikan dalam masyarakat Belait

5. Awang Hatnan Buang (Menarik diri)
Tajuk: Teknologi menangkap ikan dalam masyarakat Bisaya

6. Hajah Norati Bakar ( X )
Tajuk: Teknologi menangkap ikan dalam masyarakat Tutong

7. Dayang Nurul' Ain Nukbah @ Nur Syakimah Rabaha ( X )
Tajuk: Teknologi menangkap ikan dalam masyarakat Kedayan
E-mel: dideiy2610@yahoo.com

Tarikh akhir menghantar artikel: 31 Disember 2009.

Hajah Zainab Haji Mat Daud
Setiausaha Komisi Komunikasi & Penerbitan


Selasa, 2 Disember 2008

Majlis Pembetonan Gerbang Bahasa

The Gerbang Bahasa System will serve as an interactive platform for people to know about Malay language such as terminology, spelling, meaning, Jawi script between bureau and the public.

Source: Borneo Bulletin







Makluman Mesyuarat JKTBMBD Kali Ketiga/2008

Tarikh: 11 Disember 2008
Hari: Khamis
Pukul: 2.00 petang

Agenda:

a) Ucapan Pengerusi
b) Laporan Musyawarah Sekretariat Ke-14 MABBIM & Persediaan Sidang MABBIM Ke-48
c) Membahaskan pemberian honorarium ...

d) Membahaskan klausa lantikan dan keahlian JKTBMBD
e) Hal-hal lain

Kehadiran ahli jawatankuasa amatlah diharapkan.

Mohd Azurin Othman
Setiausaha JKTBMBD