Ahad, 15 Mac 2009

MAKLUMAN KEPADA MAHASISWA

Khusus kepada mahasiswa yang mendaftar dan diterima sebagai peserta seminar bahasa MABBIM. Dipohon kerjasama abiskita untuk HADIR sepenuh masa sepanjang sesi seminar bahasa diadakan sehingga selesai pada petang 26 Mac 2009. Pihak urus setia tidak menerima alasan stereotype "KAMI BERHALANGAN HADIR PAGI ATAU PETANG INI, KERANA ADA KULIAH, TUTORIAL, PERBINCANGAN KUMPULAN TUTORIAL, ATAU PEMBENTANGAN TUGASAN". Kos penganjuran seminar ini TINGGI, terutama biaya jamuan, beg, tag nama dan kertas kerja. SETIAP PELABURAN ITU, ADA NILAINYA. Jadi, hargai nilai pelaburan KDYMM dengan menyikapi secara positif dan komited dengan seminar ini.

3 ulasan:

Yenderz berkata...

Saya keliru dengan tarikh seminar. Seminar Bahasa bermula pada 25-26hb Mac 09 bukan? Tapi tarikh yang dicetak dipass badan yang saya perolehi menyatakan tarikh 27-28hb Mac 09. Adakah seminar ini dibahagi-bahagikan kepada mahasiswa2 dan orang umum? Sayang sekali kerna saya sudah ketinggalan menggikuti seminar pada 25-26hb. saya cuba hubungi talian yang dapat dihubungi namun tiada jawapan.

Yenderz berkata...

keterangan tentang kekeliruan ulasan saya sebelumnya sudah diterangkan. Saya berterima kasih pada pihak urus setia atas kerjasama yang telah diberikan dan layanan pihak abiskita. Terima kasih banyak.

Seminar Bahasa MABBIM 2009 berkata...

Yenderz dan mereka yang keliru. Sesungguhnya kami di urus setia begitu upset apabila pihak ketiga yakni syarikat yang dilantik mencetak nametag gagal menanggapi tarikh seminar bahasa. Tarikh itu sebenarnya untuk mesyuarat sidang eksekutif. Ini masalah kecuaian pihak ketiga yang suka main copy n paste tanpa memperhatikan pruf yang kami berikan.