Ahad, 18 Januari 2009



Taklimat & Dialog SPN21
17 Januari 2008, Sabtu - Sesi taklimat dan dialog SPN21 telah diadakan di Bangunan DBP. Sesi ini merupakan usul mesyuarat JKTBMBD kali kedua/2008 bagi mengetahui kedudukan dan masa depan bahasa Melayu dalam pelaksanaan SPN21. Taklimat telah disampaikan oleh Awang Haji Suhaila bin Haji Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan. Sesi yang dipengerusikan oleh Dayang Hajah Aminah binti Haji Momin, Pemangku Pengarah DBP turut dihadiri oleh Dr. Mataim Bakar, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Sosial, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan para pensyarah dari Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik, Universiti Brunei Darussalam.
Antara lain matlamat SPN21 ialah, membangunkan survival bangsa melalui sistem pendidikan menyeluruh dengan mengembangkan potensi diri melalui pendekatan pembelajaran berfikir dan analitikal. Matlamat akhir sistem ini ialah mendorong pelajar berfikir kreatif, inovatif, mandiri dan bijak mencari dan mengembangkan peluang mereka melalui kemahiran pembelajaran yang diterapkan setelah tamat sesi persekolahan asas atau pengajian tinggi. Iltizam SPN21 ialah menjadikan watan Brunei Darussalam lebih dinamik dan relevan dalam persekitaran dunia yang berubah. SPN21 mengariskan satu wawasan besar iaitu bangsa berjaya akan mempunyai nilai tinggi dan membuka laluan kepada bangsa lain mempelajari kejayaan mereka termasuklah hal-hal yang berhubungan dengan kebudayaan.
Mohd Azurin Othman

Tiada ulasan: